Telah berlaku satu fonomena yang agak ganjil di langit pada hari ini 6 Ogos 2007. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di Perlis. Saya mengharapkan orang ramai tidak membuat sebarang ramalan yang bukan-bukan. Segala kejadian alam adalah ciptaan dan kebesaran Allah. Manusia mungkin boleh mengetahui sebab musababnya melalui analisis dan kajian. Apa yang penting kesemuanya mesti meningkatkan iman kepada Allah.
Kejadian seperti ini bolehlah dirujuk sebab musababnya kepada pengkaji alam atau saintis jika mereka mempunyai maklumat kajian. Pada zaman Nabi s.a.w apabila anak baginda meninggal, ada pihak yang mengaitkannya dengan gerhana yang berlaku pada waktu tersebut.
Baginda pun bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana disebabkan kematian seseorang, sebaliknya keduanya adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka bangun dan bersolatlah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Maka bebaskan minda kita semua dari sebarang khurafat dan tahyul.
Kenyataan Mufti Perlis
August 21, 2007 by admin
Advertisement




