Feeds:
Posts
Comments

Kenyataan Mufti Perlis

Perbuatan Wong Meng Chee atau Namewee amat melampaui batas sebagai rakyat bagi sebuah negara. Sikap seperti itu bukan sahaja bercanggah dengan nilai-nilai seorang warga negara, bahkan menyanggahi sikap seorang manusia yang bertamadun dan itu adalah perlambangan kepada seorang yang gemar mencetuskan ketegangan kaum dan agama tanpa sebab yang munasabah.

Jika perbuatannya tidak dihukum, ia memberikan ruang yang besar untuk orang ramai menghina negara dan mencetuskan kekacauan menyeluruh dalam masyarakat kita. Hukuman itu hendaklah benar-benar berat dan menakutkan semua pihak yang ada potensi ke arah itu.


Faktor yang membawa Islam berkembang kepada setiap bangsa dan daerah adalah kerana Islam tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negeri selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam atau menyebabkan orang salah faham terhadap Islam.

DALAM satu majlis kerajaan di Arau, beberapa orang bukan muslim memutuskan tidak menyertainya disebabkan majlis tersebut menetapkan songkok sebagai pakaian rasmi majlis. Mereka merasakan ini seakan menyuruh mereka memakai pakaian Islam sedangkan mereka bukan muslim. Ini sebenarnya hasil dari salah faham mereka terhadap pakaian dan kebudayaan.

Continue Reading »

KUALA TERENGGANU 17 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegur kaedah pengendalian kursus haji sekarang yang dibuat terlalu lama sehingga menimbulkan tanggapan di kalangan umat Islam bahawa ibadat itu amat sukar untuk dilaksanakan.

Continue Reading »

Kenyataan Mufti Perlis


Saya menyokong tulisan Md Asham bin Ahmad dari IKIM dalam BH pada 13 Ogos yang bertajuk “Keberanian Ilmiah Mufti Dituntut”. Kandungan tulisan beliau baik untuk dibaca dan itulah hakikat yang patut difahami. Saya percaya tiada siapa yang ingin meruntuhkan institusi mufti, sebaliknya pandangan yang diberikan untuk kebaikan umat dan institusi itu sendiri.

HAMPIR setiap minggu saya menerima kunjungan dari berbagai-bagai pihak yang ‘berjenama’ hebat dari serata pelosok dan sebahagian mereka itu bukan muslim. Sebahagian mereka pembaca setia tulisan saya. Mereka bertanya pendapat saya dalam berbagai-bagai isu. Antara yang menjadi fokus mereka yang bukan muslim adalah isu keganasan atau terrorisme.

Continue Reading »

Kenyataan Mufti Perlis

“Saya menerima aduan tentang rasa kurang puas hati banyak pihak tentang kursus-kursus perkahwinan yang disyaratkan oleh kebayakan jabatan agama ke atas pasangan yang ingin berkahwin. Secara umumnya saya katakan: kursus ini baik jika ia dapat membantu memberikan ilmu kepada mereka yang jahil tentang hukum-hakam perkahwinan.

Namun pendekatan sesetengah pihak yang memfokuskan kursus ini sebagai saluran bisnes telah merendahkan nilai kursus ini. Ada yang mengadu tentang unsur-unsur lucah dalam penyampaian kursus. Ini menunjukkan tidak ada fokus yang jelas. Sepatutnya kursus ini hanya memadai beberapa jam sahaja. Agama itu mudah, menerangkan hukum-hakam nikah bukannya payah. Bagi yang sudah mempunyai ilmu, memadai mereka berjaya menjawab beberapa persoalan asas mengenai nikah, tidak perlu berkursus. Bagi yang terdesak untuk berkahwin boleh dilewatkan kursus selepas perkahwinan. Namun jika bisnes minded menguasai urusan ini, umat Islam akan menjadi semakin sukar menuju kepada perkara halal, sedangkan yang haram nampaknya begitu mudah”.

Kenyataan Mufti Perlis

Telah berlaku satu fonomena yang agak ganjil di langit pada hari ini 6 Ogos 2007. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di Perlis. Saya mengharapkan orang ramai tidak membuat sebarang ramalan yang bukan-bukan. Segala kejadian alam adalah ciptaan dan kebesaran Allah. Manusia mungkin boleh mengetahui sebab musababnya melalui analisis dan kajian. Apa yang penting kesemuanya mesti meningkatkan iman kepada Allah.

Kejadian seperti ini bolehlah dirujuk sebab musababnya kepada pengkaji alam atau saintis jika mereka mempunyai maklumat kajian. Pada zaman Nabi s.a.w apabila anak baginda meninggal, ada pihak yang mengaitkannya dengan gerhana yang berlaku pada waktu tersebut.

Baginda pun bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana disebabkan kematian seseorang, sebaliknya keduanya adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka bangun dan bersolatlah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Maka bebaskan minda kita semua dari sebarang khurafat dan tahyul.

AMAT memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut: “Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua.”

Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan.

Continue Reading »

Kenyataan Mufti Perlis

KENYATAAN MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BERTARIKH
1 OGOS 2007

“Seperti mana yang saya gesa dalam tulisan saya tentang keperluan memahami fikah yang betul dalam berinteraksi dengan non-muslim, maka saya sekali lagi menggesa di sini agar semua pihak khusus pihak pengurusan agama memasukkan dalam sukatan pengajian di universiti, sekolah-sekolah agama dan masjid satu mata pelajaran khas tentang hal ini.

Dengan kita memahami Islam yang sebenar, yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang bersifat mudah dan realistik, maka imej Islam akan lebih terserlah di hadapan mata non-muslim. Segala salah faham mereka terhadap agama akibat dari salah kita terhadap sikap Islam dalam berinteraksi dengan mereka akan dapat dihapuskan. Bahkan semoga itu menjadi cahaya penyuluh yang membawa mereka kepada keindahan Islam”.

Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak lain memberi hujah dan dalil yang kukuh. Sesuatu pendapat sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta.

DAHULU atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen.

Sikap seperti itu dinamakan fanatik atau taksub.

Continue Reading »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.